AL-KISAH ORANG KITA

KISAH-KISAH ORANG KITA - PANDUAN & PENGAJARAN



KAWAN YANG SAKIT GOUT

Untuk kali ini, rasa tergerak hati nak share kisah seorang kawan/kenalan saya yang sakit GOUT. Kisah ni dah lama dah, dalam sekitar tahun 2013. Time tu, saya ada memulakan satu perusahaan dan saya guna khidmat kawan ni sebagai designer & webmaster untuk perusahaan tu. Saya buka pejabat di Oakland, Seremban 2 dan pejabat tu letaknya di tingkat 2. Orangnya biasa & penampilan pun simple, anak-anak 3 orang kalau tak silap saya lah.

Dijadikan cerita, hari pertama dia di pejabat, orang pegang kunci pun belum sampai tapi dia dah terpacak depan pintu ofis, siap buka laptop dan tengah godek-godek file berkait dengan urusan dia dengan saya. Saya sudah tentulah seronok bila dapat tahu dia ni luar biasa bagus orangnya dalam bab kerja. Dah terbayang dah yang website syarikat akan siap dengan pantas. Saya memang langsung tak perasan yang kawan ni ada apa-apa sakit pun. Tapi sehinggalah tiba hari ke-3, dia datang ke ofis pun dah lambat sangat. Saya rasa, orang dah standby nak balik kerja, dia pulak baru nak masuk kerja. Datang dengan muka pucat, berkerut tahan sakit, berjalan pulak ya tuhan, perlahan sangat. Kita yang tengok pun boleh terasa seksanya keadaan dia tu. Jam tu jugaklah baru saya tahu dia tanggung sakit GOUT. Hari tu kebetulan dia putus ubat, dan alasannya ialah tak cukup duit sebab ubat sakit GOUT memang mahal. Tak sanggup saya tengok keadaan dia, saya hulur lah sikit buat beli ubat untuk seminggu punya stok.

Selalu sangat saya terkenang nasib si kawan ni. Ubat mahal, pendapatan bergantung pada kerja, dah tu kalau tengah sakit, nak kerja pun belum tentu dapat buat. Tapi tulah, kalau tak kerja, mana nak datangnya duit belanja. Lepas kerja dia selesai, saya rasa ada lebih kurang setahun kemudian baru terserempak.

Rindu nak berborak, saya ajak dia minum di kedai. Benda pertama saya fikir tentang sakit dia lah. Dari cerita dia, ekonomi keluarga dah bertambah baik dan projek makin banyak. Dia dapat jadi macam tu sebab sakit GOUT dia dah jarang sangat dah ganggu. Rupanya, masalah dia selesai bukan sebab ada duit banyak & boleh beli stok ubat. Tapi dia terjumpa satu jenis herba ni, makan untuk sehari je, tapi seminggu dia tak perlu makan apa-apa ubat dah. Seronok saya dengar dia dah jumpa jalan selesai masalah tu. Bukan itu jer, sekarang dia perlu dah fikir kene peruntukkan belanja ubat GOUT dah.

Saya dah tengok herbanya. Buatan orang melayu kita, siap ada pendaftaran KKM. Sebotol herba ni ada untuk 20 kali makan. Nama herba ni memang langsung tak nampak ciri-ciri komersial. Patutlah susah nak cari sebab belum ada lagi jumpa di kedai-kedai toko jamu dan kedai ubat lain. Tapi dia punya kesan merawat, memang tabik lah. Oleh kerana herba ni dah terbukti kehebatannya, saya memang tak malulah nak share & tunjuk gambar dalam blog ni. Sekian saja perkongsian saya.




InsyaAllah - Kalau perlu, kami boleh terus ke rumah pesakit.