PENAWAR ALAMI - INFO SIHAT

PENAWAR-PENAWAR DARI ALAM

Kumpulan-kumpulan bahan semulajadi yang terbentuk kejadian nyata & asli dari alam.






MUHABSI-Getah wangi dari Asia Barat


Pernah dengar tak MUHABSI? Saya sendiri pernah ditanya nama yang serupa oleh seorang kawan tapi tetap keliru & tercari-cari jawapan, apa bendanya MUHABSI ni? Rupa-rupanya MUHABSI ni ada banyak nama. Yang jelas, MUHABSI ialah sejenis bahan semulajadi terhasil daripada pokok yang hanya ada di beberapa Negara sekitar Timur Tengah. Ia adalah sejenis getah pokok yang boleh didapati di celah-celah batu dengan sifat fizikalnya yang sekeras batu. Ajaibnya, ia adalah bahan makanan semulajadi yang banyak memberi manfaat kepada kita.

Selain dikenali dengan nama MUHABSI, ia juga dipanggil dengan nama lain seperti berikut:
Al-Mannar, Arabic Gum, Getah Batu, Getah Pokok Wangi, & banyak lagi panggilan lain mengikut bangsa budaya yang lazimnya merujuk kepada sifat fizikalnya iaitu "Batu & Getah". Maka tidak hairanlah jika kita generasi moden hampir tidak kenal dengan MUHABSI akibat banyaknya pengenalan merujuk makanan ini. 

KHASIAT & PENYEMBUHAN MUHABSI

Dikisahkan sewaktu Nabi Adam a.s dilemparkan ke dunia, maka ketika itulah ia berjanji untuk menjadi PENAWAR kepada anak cucu Adam. PENAWAR yang ada pada MUHABSI ini amat kurang diketahui generasi sekarang & inilah yang sangat merugikan.

Orang-orang Arab mengamalkan pengambilan MUHABSI kerana dipercayai mampu bekal tenaga hingga menjadikan mereka tidak rasa letih & dahaga. Mereka juga percaya sekiranya diamalkan setiap hari dengan kadar saiz sebesar biji jagung, ia boleh menjadikan minda cergas hingga mampu untuk menghafal sesuatu dengan cepat. Maka, jadilah ia sebagai makanan tradisi bangsa arab.

Orang-orang Melayu mula menerima kedatangan MUHABSI sewaktu sebelum zaman kemerdekaan.
Ketika itu, getah MUHABSI ini namakan dengan gelaran "Daging Mukmin" & ada juga orang melayu memanggilnya dengan nama "Agar-agar Bukit". Walaubagaimanapun, panggilan seperti "Getah Batu" lebih luas diterima dikalangan bangsa melayu pada zaman dahulu.

Khasiat MUHABSI sudah menjadi kepercayaan oleh orang melayu apabila digunakan oleh Bomoh & Pawang untuk mengubati penyakit-penyakit ganjil seperti Histeria & Santau ataupun penyakit bawaan sihir seperti busung, ketegurtermasuklah SakaUntuk penyakit fizikal pula, ia dipercayai mampu menjadi penawar kepada penyakit Barah, Buah Pinggang & Kencing Kotor.

CIRI-CIRI FIZIKAL MUHABSI:
  1. Molekul asalnya ialah getah
  2. Dijual dengan 2 bentuk iaitu Bentuk asal seperti batu kecil dan batu halus & ada juga dalam bentuk serbuk.
  3. Berbentuk seperti batu & keras seperti batu
  4. Berwarna jernih seolah bersinar & adakala juga seperti cahaya keperangan
  5. Larut dalam air bersuhu biasa
  6. Sewaktu sedang melarut/cair, fizikalnya kembali seperti bergetah.
Untuk mengekalkan khasiatnya, digalakkan supaya mengambil dalam bentuk asal. 

CARA PENYEDIAN/MAKAN:

Oleh kerana makanan ini kaya dengan khasiat PENAWAR semulajadi, tiada kaedah tertentu yang menghadkan cara pengambilannya. berikut ialah beberapa cara ambil yang menjadi kesukaan ramai:

  1. Dijadikan amalan dalam minuman harian dengan cara meletakkan sebiji kedalam botol minuman sejuk ataupun panas. Air boleh ditambah selagi ada dalam botol ataupun apabila habis, dicampurkan lagi sebiji MUHABSI lain.
  2. Dijadikan amalan mencampurkan dalam cawan atau gelas minuman panas kegemaran kita sewaktu bersantai atau bekerja.
  3. Ada juga yang suka mencampurkan dalam masakan berkuah kerana selain dikejar akan khasiat, ia juga boleh memberi rasa tambahan kepada makanan.
  4. Ada juga yang menikmatinya dalam bentuk serbuk iaitu dicampur dalam minuman yang diamalkan secara berkala. Namun demikian, kebiasaaannya rupa serbuk adalah lebih mahal kerana proses tambahan berbanding asal & ia juga ditelan sebelum sempat melarut.
  5. Selain dari diatas, ada yang mengamalkan dengan cara kemam sebiji-sebiji saiz kecil. Ada yang menyukainya & ada yang tidak kerana rasanya yang sedikit payau-payau.
Untuk tujuan pengubatan, digalakkan mengambilnya secara mentah-mentah. Tidak akan ada istilah dos berlebihan kerana MUHABSI bukanlah ubat-ubatan tetapi ia adalah kategori makanan berkhasiat.


Note: Dalam pengubatan yang kami amalkan, MUHABSI juga termasuk diantara bahan-bahan yang kami gunakan. Khasiatnya bukanlah sedikit malah amat berbaloi walau harganya sedikit mahal kerana sukar untuk diperolehi.



Tiada ulasan:

InsyaAllah - Kalau perlu, kami boleh terus ke rumah pesakit.